- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pemimpin Akar Umbi Perlu Mahir Menggunakan Teknologi Digital

Must read

Bengkel Inisiatif Digital Komuniti Bahagian Kapit melibatkan 40 orang peserta terdiri daripada JKKK dan usahawan tempatan

Kerajaan Sarawak melalui Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) giat melaksanakan Bengkel Inisiatif Digital Komuniti khas untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan usahawan tempatan sebagai usaha untuk merealisasikan ekonomi digital di negeri ini.

Bengkel Inisiatif Digital Komuniti merupakan inisiatif terbaik untuk memastikan JKKK dilengkapi dengan kemahiran menggunakan teknologi digital agar mereka dapat bergerak seiring dengan arus pembangunan semasa yang menjurus kepada ekonomi digital.

Matlamat program ini selain untuk menjana kesedaran dalam kalangan JKKK terhadap kepentingan dan faedah ekonomi digital, ia juga adalah untuk mendapatkan sokongan mereka bagi menjayakan agenda pembangunan di negeri ini.

Melalui program ini, ia akan dapat menggalakkan masyarakat setempat mewujudkan inisiatif dan aktiviti ekonomi digital mereka sendiri sekaligus akan dapat meningkatkan minat dan penyertaan di peringkat akar umbi.

Program ini diharap dapat memupuk dan menghasilkan “role model” dalam bidang ekonomi digital sama ada di kalangan JKKK, individu atau berkumpulan agar suatu hari mereka akan dianugerahkan dengan anugerah khas.

Selain mencari langkah-langkah terbaik untuk menjadikan masyarakat mereka sebuah masyarakat pintar, JKKK juga harus menjangka cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam usaha memotivasi dan menggerakkan masyarakat mereka ke arah ekonomi digital.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article