- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Apa itu Augmented Reality (AR)?

Must read

Teknologi Realiti Ditambah atau Augmented Reality (AR) adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer apabila objek visual yang dijana melalui komputer ditambah pada pemandangan dunia sebenar atau realiti yang kelihatan di skrin paparan.

Kesan yang dihasilkan adalah, pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer merasakan seolah-olah objek-objek lain wujud selain daripada objek-objek realiti sedia ada.

Berbeza dengan Realiti Maya atau Virtual Reality (VR), AR memaparkan persekitaran yang diambil dari dunia sebenar dan ditambah (overlay) dengan objek lain yang dijana oleh komputer.

Manakala VR pula mencipta persekitaran baharu yang tiada kaitan dengan dunia sebenar.

Konsep AR diperkenalkan oleh Thomas Caudell pada tahun 1990 ketika beliau menerangkan bagaimana sejenis alat bantuan yang dipakai di kepala juruteknik elektrik berfungsi.

Antara produk atau platform media sosial popular yang menggunakan AR adalah seperti Dulux dan Instagram.

Dulux telah memperkenalkan aplikasi yang membolehkan pengguna mengubah warna dinding rumah dalam skrin telefon pintar dengan menghalakan telefon pintar ke arah dinding yang ingin dicat.

Namun, perubahan warna dinding hanya dapat dilihat pada telefon pintar dan dalam dunia sebenar, warna dinding rumah tidak berubah.

Satu ciri ‘story’ dalam Instagram turut menggunakan teknologi AR yang membolehkan pengguna mengambil gambar atau bersua foto dengan pelbagai bingkai yang disebut sebagai filter.

Hari ini, AR digunakan secara meluas dalam pelbagai segmen seperti pendidikan, perdagangan, promosi pelancongan, permainan dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article