- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Proses Digitalisasi Perlu Dilaksanakan Segera, Memastikan Negara Bersiap Sedia Pada Masa Depan

Must read

FILE - In this illustration provided by the Centers for Disease Control and Prevention (CDC) in January 2020 shows the 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). This virus was identified as the cause of an outbreak of respiratory illness first detected in Wuhan, China. A woman in the San Francisco Bay Area who became ill after returning from a trip to China has become the ninth person in the U.S. to test positive for a new virus, health authorities said Sunday, Feb. 2, 2020. (CDC via AP, File)

Impak daripada wabak COVID-19 secara tidak langsung telah mengubah cara kita bekerja, bertindak dan berfikir di luar dari norma kebiasaan.

Kita semua terpaksa “membiasakan diri” dengan bekerja dari rumah (dalam talian dengan rakan sekerja), pembelajaran maya, membeli dalam talian kerana perlu mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan COVID-19.

Semuanya berlaku lebih awal daripada apa yang kita jangkakan. Perkara ini telah menyumbang kepada tahap penggunaan internet yang semakin meningkat, menguji kemampuan infrastruktur sokongan digital dan sejauh mana berkesannya inisiatif digital dapat menyokong ekosistem tersebut.

Perkara ini menarik perhatian Perdana Menteri, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sewaktu ditemuramah baru-baru ini berkata wabak COVID-19 yang dialami negara kini memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan proses pendigitalan segera, bukan sahaja untuk sektor ekonominya , tetapi juga untuk kesemua aspek termasuk pentadbiran.

Langkah tersebut menurut Perdana Menteri amat kritikal dalam usaha memastikan negara ini akan lebih bersedia sekiranya dilanda krisis seumpamanya pada masa akan datang.

Beliau melahirkan pandangan bahawa pelaksanaan proses pendigitalan itu juga harus disegerakan kerana pada fikiran beliau, rakyat Malaysia tidak boleh menunggu lagi untuk tempoh masa yang lama.

Pada masa yang sama, jelas beliau kita perlu melihat ke hadapan, soal pendigitalan masyarakat kita dalam semua bidang itu, dapat dilaksanakan dalam tempoh yang tidak terlalu lama.

Sudah pasti, ia akan  melibatkan soal perancangan, melibatkan soal peruntukan, soal pelaksanaan, dan soal adanya kemudahan dalam masyarakat, yang membolehkan mereka menggunakan data yang ada untuk manfaat mereka,

Proses pendigitalan, jelas beliau baik dalam soal pentadbiran kerajaan, dalam urusan perniagaan, dalam kehidupan harian, akan jadi satu trend masa hadapan kita.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya nanti, kerajaan akan melakukan perancangan dengan teratur, terutamanya dalam soal mewujudkan infrastruktur yang amat diperlukan.

Selain itu, kerajaan perlu menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk tujuan itu, menyediakan galakan, selain daripada sistem pendidikan untuk masyarakat, dan anak-anak kita di sekolah, dan juga perniagaan.
Bagi mereka  yang terlibat dalam sektor perniagaan terutama yang menceburi dalam bidang e-dagang dan lain-lain itu, keadaan ini perlu dipercepatkan lagi yang pada akhirnya, kita akan mewujudkan  satu trend baharu.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article