- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MyTrace, Aplikasi mudah alih pengesanan kontak

Must read

art 128-01-20art 128-02-20

Dalam memerangi COVID-19, pengesanan kontak atau contact tracing adalah sangat penting. Petugas kesihatan mesti tahu siapa yang pernah berada dekat dengan orang yang dikenalpasti positif COVID-19.

Untuk memudahkan pengesanan kontak, kerajaan telah mewujudkan aplikasi MyTrace.

Baru-baru ini, semasa perutusan Hari Pekerja, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yasin berharap semua yang mempunyai telefon pintar memuat turun aplikasi ini untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu.

MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini dan menggunakan teknologi teknologi `Bluetooth’ di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Berdasarkan kekuatan gelombang Bluetooth yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna boleh dikenalpasti dengan data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit mereka.

Tambah beliau sekiranya kluster Covid-19 yang baru dikesan, aplikasi MyTrace dapat membantu KKM untuk mengesan dan memutuskan jangkitan secepat mungkin.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

Aplikasi MyTrace kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi peranti jenis Android, manakala bagi versi iOS pula, ia didapati tidak lama lagi.

MyTrace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article