- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jabatan Hutan Sarawak Lancar Norma Baharu Pencegahan Covid-19 di Premis Pejabat

Must read

Norma-JHS01 Norma-JHS02 Norma-JHS03 Norma-JHS04 Norma-JHS05 Norma-JHS06 Norma-JHS07 Norma-JHS08

 

Selaras Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan wabak COVID-19, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pada 15 Mei 2020 telah  melancarkan panduan khusus kepada kakitangan serta para pelawat yang datang berurusan dengan dikenali sebagai “Norma Baharu Pencegahan Covid-19 di Premis JHS

Panduan tersebut akan digunapakai sepanjang pelaksanaan tempoh perintah PKPB yang mengandungi 5 komponen utama dengan 57 langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. 5 komponen utama tersebut ialah;

  1. Sebelum Masuk Ke Pejabat;
  2. Semasa Berada Di Pejabat;
  3. Menghadiri Mesyuarat;
  4. Pelawat Yang Hadir Ke Permis Jabatan
  5. Semasa Bekerja Di Lapangan.

Pada masa yang sama, JHS turut melancarkan Aplikasi COVID ForestKu Sayang yang bertujuan untuk merekod data-data para pelawat yang datang berurusan dengan Jabatan Hutan Sarawak.

Menurut Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, YBhg Datu Hamden Mohammad data-data yang diperolehi tersebut akan menjadi rujukan sekiranya terdapat kewujudan kluster ataupun penularan wabak COVID-19 yang melibatkan Jabatan ini pada masa akan datang disamping turut dijadikan sebagai rekod Jabatan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pada masa akan datang.

Beliau turut menyerahkan beberapa peralatan seperti penutup muka, cecair sanitasi dan termometer digital kepada semua Ketua Bahagian, Ketua Unit serta Pegawai Hutan Wilayah untuk kegunaan di pejabat masing-masing.

Pada perkara berkaitan, selaras sumbangan besar sektor perhutanan serta industri perkayuan kepada pembangunan negeri dan rakyat Sarawak, sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikuatkuasakan dahulu, beberapa aktiviti utama Jabatan Hutan Sarawak seperti pembalakan, industri perkilangan papan lapis (Plywood Mill) dan kayu gergaji (Sawmill) serta perladangan hutan (forest plantation) telah dibenarkan untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi sepenuhnya SOP Pengawalan Wabak COVID-19 yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.

Kebenaran beroperasi ini juga adalah tertakluk kepada penggunaan tenaga kerja yang minimum, mematuhi ketetapan dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa. Mereka juga dikehendaki untuk mengambil langkah-langkah pengawalan yang ketat bagi menggelak penularan wabak COVID-19.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article