- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pemerkasaan Ekonomi Digital di Bahagian Limbang

Must read

Art-0-01

Suasana di pekan Limbang setiap pagi: Penduduk tempatan menjual hasil-hasil pertanian mereka

Limbang adalah antara bahagian dalam Sarawak yang berada di kedudukan yang sangat strategik kerana berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sabah dan negara Brunei.

 

Limbang dilihat sebagai sebuah bahagian yang serba lengkap dengan adanya kemudahan infrastruktur seperti lapangan terbang, jalan raya, pengangkutan awam yang dapat menghubungkan kawasan-kawasan tertentu dan liputan internet meskipun ianya belum cukup lengkap.

 

Selain itu, Limbang juga kaya dengan hasil tempatan seperti produk ikan tahai dan kraf tangan,yang boleh diketengahkan sama ada di peringkat negeri Sarawak mahupun antarabangsa.

 

Hasil tinjauan, didapati rata-rata penduduk di Limbang giat dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dengan cara berniaga, menjalankan aktiviti pertanian komersial dan sebagainya.

 

Kerajaan Sarawak memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu penduduk di Limbang dan Lawas memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti serta perniagaan mereka.

 

Oleh itu, Kerajaan Sarawak melalui Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif ekonomi digital seperti program Randau Digital.

 

Inisitaif tersebut bertujuan membantu penduduk-penduduk di luar bandar mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan memahami apa sebenarnya ekonomi digital seterusnya mendorong serta menggalakkan mereka memanfaatkan teknologi digital dalam menjalankan perniagaan mereka.

 

Program Randau Digital disifatkan sebagai platform terbaik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar bandar termasuk Limbang untuk memahami apa sebenarnya ekonomi digital agar pada masa akan datang ekonomi masyarakat di Limbang akan terus diperkasakan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article