- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sambutan Gawai Dayak Disambut Berbeza Tahun Ini, Perlu Mematuhi SOP Perayaan

Must read

art-190-01-20

Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg 

Sambutan Gawai Dayak pada tahun ini mungkin kurang sedikit kemeriahannya berbanding sebelum ini berada di sisi keluarga di kampung atau rumah panjang.

Namun, pada kali ini mungkin ramai yang tidak dapat balik ke tempat asal masing-masing oleh kerana perintah kawalan pergerakan bersyarata (PKPB) yang tidak membenarkan saudara dan saudari merentas daerah di Sarawak.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 9 Jun tidak membenarkan kita mengadakan perayaan Gawai seperti biasa.

Kita tidak dibenarkan mengadakan rumah terbuka, tidak boleh ‘ngabang’ dan hanya dibenarkan untuk berkumpul antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja sebagai kaedah untuk menangani wabak COVID-19, di samping semua pihak perlu akur kepada arahan Kerajaan supaya tidak diadakan rumah terbuka dan tiada perhimpunan yang melebihi 20 orang.

Dalam perutusan Gawai Dayak 2020 baru-baru ini, Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg turut berharap agar semua dapat mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) Perayaan yang telah ditetapkan dengan ketua kampung dan tuai rumah memainkan peranan masing-masing memantau dan sentiasa memastikan SOP dan protokol perayaan yang telah ditetapkan dipatuhi.

Berdasarkan SOP Perayaan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, seperti juga sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, aktiviti yang tidak dibenarkan termasuklah aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai, rumah terbuka perayaan, bersalaman dan bersentuhan dan berpesta.

Ahli keluarga dan individu hendaklah memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, mengelakkan 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation) serta mengelakkan ziarah warga emas dan individu berpenyakit kronik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article