- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PENJANA Galak Pertumbuhan Aktiviti Ekonomi Gig

Must read

art-216

Kerajaan akan merangka dasar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor yang mampu memberi peluang pekerjaan baru yang terkesan dengan Covid-19

Ekonomi gig adalah pasaran buruh kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu yang dipacu teknologi digital dan segmen ekonomi ini menjadi semakin popular sejak akhir-akhir ini

Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan telah mengariskan objektif menggalakkan pertumbuhan ekonomi gig dan menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja ekonomi gig and meningkatkan peluang ekonomi gig

Bagi menjamin keselamatan sosial dan kebajikan golongan pekerja ekonomi gig, Kerajaan akan memperkenalkan langkah berikut:

▸ Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig, untuk pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencanan Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan di bawah KWSP dengan sumbangan caruman sehingga masing-masing RM162 dan RM250

▸ MDEC akan diperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW). Program ini bertujuan untuk memperkasakan dan membimbing rakyat Malaysia sebagai pekerja digital bertaraf global bagi menjana pendapatan dalam talian

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan PENJANA baru-baru ini di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Jun – Disember 2020), berkata sejumlah RM75 juta akan diperuntukkan bagi tujuan ini yang dijangka  memanfaatkan seramai  30,000 pekerja dalam ekonomi gig dengan tempoh pelaksanaan mulai Ogos 2020.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article