- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Buletin Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Wahana Penghubung di antara rakyat dan pihak kerajaan

Must read

IMG_0569Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YB Datuk Amar Jaul Samion (kanan) melancarkan Buletin SUK di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia,  Kuching pada 16 Jun 2020. Turut kelihatan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Tuan Haji Samat Junai (kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) YBhg Datu Ik Pahon Joyik (dua, kiri)

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YB Datuk Amar Jaul Samion telah melancarkan Buletin Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak 2020 keluaran edisi 01/20 (Januari – Februari) di Wisma Bapa Malaysia pada 16 Jun 2020.

Menurut, YB Datuk Amar Jaul Samion, buletin tersebut akan berfungsi sebagai wahana penghubung di antara rakyat dengan pihak kerajaan untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih tentang program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Selain itu, buletin tersebut juga memberi ruang berkongsi rancangan serta maklumat berkaitan perkhidmatan Kerajaan Sarawak kepada pihak berkepentingan lain.

Ia juga menjadi medium sesuai untuk mengetengahkan pencapaian inovatif dan kreatif warga penjawat awam negeri Sarawak.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru semua penjawat awam untuk sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik, mengutamakan rakyat, berpandangan jauh dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan berkhidmat sepenuh jiwa dan raga dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Buletin ini akan diedarkan ke semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di seluruh negara untuk berkongsi informasi kepada mereka tentang pelbagai inisiatif Kerajaan Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article