- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

MDEC jangka pertumbuhan 20% e-dagang terhadap ekonomi digital tahun ini

Must read

art-219-01

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjangkakan pertumbuhan 20% daripada sumbangan e-dagang terhadap ekonomi digital negara tahun ini biarpun Perintah Kawalan Gerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 sedang dikuatkuasakan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MDEC pada 12 Jun lepas, unjuran pertumbuhan daripada sektor e-dagang dapat dicapai melalui penglibatan aktif pelbagai rakan ekosistem menerusi inisiatif yang sedang dijalankan dan MDEC menjangkakan sumbangan terhadap produk domestik kasar (KDNK) mampu mencecah RM170 bilion untuk tahun 2020.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri menyeru komuniti perniagaan dan individu tanpa mengira latar belakang supaya mengambil peluang daripada pertumbuhan ini serta menjadi sebahagian daripada ekosistem digital sementara negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Beliau memberi contoh, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Nasional (PENJANA) merupakan satu bentuk dorongan yang sangat diperlukan dalam memulihkan pendapatan, gaya hidup serta membantu rakyat Malaysia mengatasi cabaran semasa dan pada masa sama supaya memandang tegas ke masa hadapan.

Jelas beliau, peruntukan RM700 juta daripada kerajaan dalam PENJANA untuk memacu ekonomi digital akan meningkatkan keyakinan untuk melonjak dari fasa permulaan semula kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, pinjaman RM100 juta di bawah SME Digitalisation Matching Grant, RM500 juta SME Technology Transformation Fund (permohonan dibuka bulan depan) dan RM100 juta bagi inisiatif Smart Automation Grant yang telah diumumkan sebelum ini akan diselaraskan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article