- Advertisement -spot_img
4,783
published news
and counting

Program Tenaga Kerja Dalam Talian Global Terus Diperkasa

Must read

Art-229-01Program GLOW membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa

Baru-baru ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM25 juta kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memastikan Program Tenaga Kerja Dalam Talian Global (GLOW) yang telah dilaksanakan sejak 2017 terus diperkasakan.

Matlamat GLOW adalah untuk memperkenalkan peluang kerjaya sebagai pekerja bebas atau ‘freelancer’ kepada rakyat Malaysia bagi menjana pendapatan tinggi dalam talian menerusi ekonomi digital dunia.

GLOW merupakan subprogram di bawah program e-Rezeki MDEC yang menyediakan latihan, bimbingan dan mentor kepada individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pengaturcaraan, pereka kreatif, sokongan perniagaan termasuk pentadbiran serta tugas berasaskan bahasa seperti terjemahan dan transkripsi.

Melalui program ini, peserta mampu menjana pendapatan bulanan tetap sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan secara tidak langsung ia telah dapat membantu meningkatkan pendapatan kumpulan B40 dan M40.

Sepanjang 2019, seramai 134,717 tenaga kerja digital berjaya menjana pendapatan sebanyak RM474.24 juta melalui program eRezeki dan GLOW.

Manakala sebanyak 10,043 peserta GLOW telah menghasilkan sejumlah RM69.26 juta pendapatan melalui tawaran perkhidmatan sampingan khususnya kepada pelanggan antarabangsa.

Justeru, peruntukan menerusi PENJANA ini dijangka akan merangsang ekonomi digital serta meningkatkan keyakinan pasaran ketika negara memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 12 Jun 2020.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article