- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Membangunkan modal insan seiring agenda pembangunan Sarawak

Must read

art-242-01

Pembangunan modal insan penting sejajar dengan tuntutan dalam persaingan global dan dalam konteks negeri Sarawak untuk menjayakan Transformasi Pembangunan Sarawak.

Peranan ini tidak terkecuali digalas oleh para guru yang mendidik murid dan modal insan hasil didikan para guru inilah kelak diharapkan menjadi penggerak dan pendukung wawasan pembangunan Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkongsi aspirasi ini  sewaktu berucap pada Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak pada 30 Jun 2020.

Beliau menyifatkan guru merupakan penggerak utama dalam pembangunan modal insan terutama dalam membina keupayaan dan kompetensi murid agar seiring dengan aspirasi Sarawak menjadi kuasa siber dan kuasa kognitif, cyberpower and brain power pada masa akan datang.

Jelas beliau, Sarawak memerlukan keupayaan ini bagi mengangkat martabat serta menggerakkan Sarawak ke hadapan setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia dan dipandang tinggi di luar negara.

Beliau mahu anak-anak Sarawak, dalam bidang pendidikan bukan tampil dengan “jaguh kampung” sahaja tetapi “jaguh dunia”, yang fikiran mereka bertaraf dunia.

Sehubungan itu, para guru mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk kesedaran dan pemahaman dalam kalangan murid dan dalam kalangan masyarakat umum juga tentang kepentingan dan manfaat semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, beliau berharap agar semua pendidik di negeri ini supaya sentiasa bersiap siaga untuk menerima perubahan dan menganjakkan paradigma masing-masing selaras dengan tuntutan perubahan semasa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article