- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sarawak terus menyokong agenda pendidikan negara

Must read

art-241-01

Kerajaan Sarawak terus komited serta menyokong agenda pendidikan negara, termasuklah menyediakan ekosistem pendidikan yang kondusif termasuklah menambah baik prasarana  sekolah  di negeri ini.

Demikian menurut Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak.

Bukan setakat itu sahaja, pentadbiran kerajaan Sarawak turut mewujudkan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak untuk meningkatkan penglibatan kerajaan Sarawak dalam pembangunan pendidikan agar kualiti pendidikan di Sarawak setanding dengan pencapaian pendidikan negara.

Berkaitan dengan wadah dan kaedah, Kerajaan Sarawak turut komited untuk memastikan penembusan dan kepantasan internet di negeri ini dapat ditingkatkan, selain membina  infrastruktur yang berkaitan.

Beliau turut mengkagumi guru yang berkhidmat di Sarawak dan meletakkan keyakinan tinggi bahawa murid-murid hasil didikan para guru ini pasti akan menjadi modal insan yang sangat diperlukan untuk mengekalkan kelangsungan kemajuan dan pembangunan di Sarawak pada masa hadapan.

Pada majlis tersebut juga, Ketua Menteri mengiktiraf sumbangan dan jasa guru dan golongan pendidik dengan menyampaikan anugerah utama iaitu kepada Encik Bekon Jenet (Tokoh Guru Sarawak 2020) dan Encik Awang Hambali bin Awang Hamdan (Tokoh Kepimpinan Pendidikan Sarawak 2020).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article