- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

TEGAS Akan Menganjurkan Program TDPA Secara Dalam Talian

Must read

Art-239-01Permohonon untuk menyertai program TEGAS Digital Pre-Accelerator (TDPA) boleh dibuat secara dalam talian menerusi http://bit.ly/TDPASWK

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) akan menganjurkan program TEGAS Digital Pre-Accelerator (TDPA) secara dalam talian selama seminggu bermula 13 Julai hingga 18 Julai 2020.

Untuk edisi kali ini, TEGAS akan bekerjasama dengan rakan strategiknya iaitu Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), WatchTower & Friends (WTF) dan pitchIN.

TDPA dirangka khas untuk membimbing syarikat pemula peringkat awal untuk melangkah ke peringkat seterusnya justeru, ia merupakan berita baik buat inidividu yang ingin memula atau yang baharu menubuhkan syarikat pemula.

Melalui program ini, peserta akan dibimbing seawall proses pengesahan idea sehinggalah penghasilan sebuah Produk Berguna Minimum (PBM) dan seterusnya strategi pemasaran.

Manakala, sesi pengajaran pula akan disampaikan oleh pakar industri dan usahawan berpengalaman merangkumi topik seperti cara untuk memulakan bisnes, pembangunan produk dan pasukan, pemasaran, pengumpulan dana dan pembentangan.

Difahamkan bahawa program tersebut juga akan mempersiapkan para peserta untuk ‘Digital Demo Day’ bagi memilih tiga (3) peserta terbaik untuk membentangkan idea mereka kepada pelabur pemula serta mendapatkan laluan mudah untuk menyertai TEGAS Startup Lab Accelerator dan Sarawak Shell LiveWIRE.

Pemenang ‘Digital Demo Day’ juga akan menerima pakej menarik seperti sokongan pendaftaran syarikat daripada TEGAS dan akses selama 3 bulan di Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH).

 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article