Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat mulai 15 Julai 2020.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin, bagi murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan dan murid tahun 5 dan tahun 6 akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.
Bagi kemasukan murid Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020, juga menurut beliau akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Menurut beliau lagi, tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.
YB Dr. Radzi mengumumkan mengenai perkara berkenaan dalam sidang media oleh KPM pada 1 Julai 2020.