- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Banci 2020 Menggunakan Kaedah e-Cencus Dan Temuramah Bersemuka

Must read

Art-268-01Langkah-langkah menggunakan mod e-Cencus di dalam laman sesawang www.mycencus.gov.my 

Jabatan Perangkaan Malaysia telah memperkenalkan kaedah baharu ‘e-Cencus’ untuk melaksanakan Banci 2020 yang membabitkan 32.7 juta penduduk Malaysia.

Banci 2020 dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 Julai hingga 30 September melalui e-Census manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan kaedah temu ramah bersemuka.

Banci 2020 adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengumpul data dan statistik penduduk dan perumahan di negara kita yang dilaksanakan setiap 10 tahun sekali.

Merujuk perutusan Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, banci Penduduk dan Perumahan Malaysia adalah salah satu aktiviti statistik yang sangat penting.

Selain menyediakan statistik penduduk dan perumahan yang terperinci dan komprehensif mengikut ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk pada satu-satu masa, ia turut menyediakan maklumat asas untuk memantau Agenda Pembangunan Lestari 2030.

Agenda Pembangunan Lestari 2030 merangkumi komitmen untuk membasmi kemiskinan, kesamarataan, kelestarian alam sekitar dan memastikan bahawa semua penduduk diliputi.

Untuk rekod, kos pengendalian Banci 2020 dianggarkan berjumlah RM413 juta akn digunakan bagi tujuan projek pembangunan, pembelian sistem dan operasi termasuk pembayaran kepada pembanci dan penyelia terbabit.

Sehubungan itu, seramai 115,685 anggota akan terbabit dalam pengendalian Banci 2020 termasuk 99,356 pembanci, 14,595 penyelia dan 1,385 pegawai banci yang terdiri daripada Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa Daerah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article