- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Bakal Diwujudkan di Bintulu

Must read

art-271-01Kaedah penanaman moden dijangka dapat meningkatkan pengeluaran makanan untuk keperluan masa depan

Bintulu bakal memiliki Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) apabila Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan taman tersebut di Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew, Bintulu.

Sebagai permulaan, tanah berkeluasan 12 daripada 50 hektar tanah terbabit akan ditanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh Timbalan Katua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media selepas beliau menghadiri taklimat Tabung Kemudahan Pertanian bersama wakil rakyat tempatan di Pusat Latihan Pertanian, Sungai Sebiew, Bintulu pada 12 Julai.

Jelas beliau, idea pewujudan TKPM di Sungai Sebiew adalah inisiatif Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang ingin memajukan Pusat Latihan Pertanian Sebiew sebagai sebuah pusat pertanian moden melalui kaedah penanaman komoditi sayur-sayuran yang menggunakan teknologi fertigasi dan hidroponik.

Beliau menjangkakan TKPM yang bakal dibangunkan dengan pendekatan yang lebih baik dan teratur akan menjadi taman pertanian moden seperti TKPM Rampangi di Kuching dan Sungai Baji di Sarikei dan percaya bahawa Bahagian Bintulu berpotensi menjadi sebuah pengeluar makanan berasaskan pertanian di negeri ini seperti komoditi sayur-sayuran berdasarkan permintaan tinggi serta pasaran yang luas.

Tambah beliau, program seperti TKPM adalah program jangka panjang Kerajaan Sarawak dalam mewujudkan lebih banyak zon kekal pengeluaran makanan serta menjadi perintis kepada para usahawan dan penggiat pertanian untuk menceburi sektor pengeluaran makanan berkualiti pada skala besar bagi menampung keperluan pasaran dan pengguna.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article