- Advertisement -spot_img
4,783
published news
and counting

‘Malaysia Prihatin’ Lambang Keprihatinan Kerajaan Terhadap Rakyat

Must read

Art-275-01Logo Malaysia Prihatin akan digunakan untuk kedua-dua acara sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020

“Malaysia Prihatin” telah dipilih sebagai tema untuk kedua-dua acara sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini yang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini terutama dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Logo turut dicipta yang berbentuk sebuah logo ‘Malaysia Prihatin’ berbentuk hati dihiasi dengan warna Jalur Gemilang.

Deskripsi perkataan ‘Malaysia’ pada logo tersebut membawa maksud seluruh rakyat Malaysia termasuk penjawat awam, pekerja swasta, sukarelawan dan orang perseorangan yang telah berganding bahu memerangi pandemik Covid-19.

Manakala perkataan ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang turut memperkenalkan inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) meliputi seluruh aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat.

Berkaitan dengan acara sambutan pula, 4 aktiviti telah disusun iaitu Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putra Jaya pada 28 Julai, Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak pada 16 September.

Selain aktiviti utama tersebut, terdapat pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut akan diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara antaranya Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK”Merdeka yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article