- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

TEGAS Laksanakan Program Dalam Ekosistem Norma Baharu

Must read

Art-290-01

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah mengambil langkah proaktif bagi meneruskan perkhidmatan kepada rakyat khususnya golongan belia untuk melaksanakan program dalam ekosistem norma baharu menggunakan platfom digital.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) YB Datu Haji Len Talif Salleh di di laman Facebook (Fb) milik TEGAS baru-baru ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), TEGAS telah membangunkan kandungan digital untuk baki tahun 2020 dan tahun-tahun seterusnya.

Sehubungan itu, TEGAS telah menyenaraikan lima (5) program yang akan dilaksanakan secara maya iaitu Pertandingan Video Pendek 81 Inisiatif Kerajaan Sarawak, TEGAS Makers Challenge, TEGAS STEM@HOME 2020, STEM Virtual PAY 2020 dan Randau TEGAS Bersama Pemimpin.

Program-program ini bertujuan mempersiapkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran digital dan reka cipta yang tinggi agar mereka boleh mengambil peluang yang wujud berdasarkan situasi masa kini yang menggerak kepada dunia digital.

Pihak TEGAS sangat bersyukur kerana program-program yang dilaksanakan mendapat sokongan hebat daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, universiti, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti-komuniti setempat.

TEGAS menyeru semua pemimpin masyarakat, ibu bapa dan orang ramai untuk turut menyokong usaha mereka dengan menghebahkan maklumat berkenaan program-program tersebut agar lebih ramai pelajar dan belia di Sarawak turut serta sekaligus dapat membangunkan generasi muda berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada kemajuan Bumi Kenyalang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article