- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Menangani Isu Kebuluran Global dan Impak COVID-19

Must read

art-317-01

Laporan terkini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan hampir 690 juta orang di dunia mengalami kekurangan zat makanan pada tahun 2019, iaitu lapan ke sembilan peratus daripada populasi dunia.

Jika trend semasa masih berterusan, angka tersebut boleh melebihi 840 juta pada tahun 2030. Kelembapan ekonomi dan kejadian cuaca ekstrim merupakan antara faktor peningkatan kebuluran global.

PBB memberi amaran bahawa tanpa usaha untuk mereformasi sistem makanan global, sasaran sifar kebuluran menjelang 2030 tidak akan dicapai.

Namun, apakah pula impak COVID-19 terhadap kekurangan zat makanan dan kebuluran global? Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB tidak pasti dan masih terlalu awal untuk mengatakan apakah impak virus berkenaan terhadap isu kebuluran global.

Walau apa pun senarionya, COVID-19 akan memburukkan lagi jaminan makanan dan nutrisi dengan impaknya termasuklah gangguan bekalan makanan yang telah pun berlaku.

Pandemik COVID-19 dijangka akan meningkatkan jumlah penduduk dunia yang mengalami kekurangan makanan dalam lingkungan 83 dan 132 juta pada tahun 2020. Meskipun awal tahun ini Program Makanan Sedunia PBB meramalkan senario yang lebih suram.

Bagi mengurangkan impak COVID-19 terhadap bekalan makanan, FAO menasihatkan supaya kos makanan berkhasiat dikurangkan dan memastikan semua orang mampu mengamalkan diet yang sihat memerlukan transformasi sistem makanan yang terdapat di seluruh dunia.

Namun begitu, FAO mengakui bahawa ia bukanlah mudah untuk dilakukan. Sekatan perdagangan antarabangsa dan kenaikan tarif mungkin perlu diturunkan dan pada masa yang sama pertanian pintar perlu beralih ke arah ‘pelaburan nutrisi yang lebih sensitif’ seperti menggalakkan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sebenarnya menurut FAO, kebijaksanaan kerajaan yang memerintah adalah kunci kepada pengurangan impak kekurangan makanan – daripada mengubah cukai makanan padat tenaga hinggalah menambah baik peraturan industri makanan dan yang paling baik adalah dengan menggalakkan pendidikan pengambilan makanan.

Biarpun terdapat banyak cabaran, FAO optimis bahawa ada ‘peluang besar’ untuk menangani isu kekurangan makanan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article