- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Bagaimana Blockchain dapat Membantu dalam Penyelidikan Rawatan COVID-19

Must read

Side view of block chain hologram on blurry pattern background. Interface concept. 3D Rendering

Maklumat Penting

  • Daya pemprosesan (processing power) dapat dikongsikan oleh penyelidik coronavirus untuk digunakan dalam proses simulasi pelipatan protein
  • Pembayaran tanpa sentuhan melalui kod QR mampu mengurangkan sentuhan dan pemindahan wang secara fizikal
  • Blockchain boleh digunakan untuk mengesan bekalan perubatan pada peringkat pengedaran

Memandangkan pandemik COVID-19 masih membimbangkan, blockchain sedang diguna pakai dalam pembangunan vaksin yang akhirnya diharapkan dapat memerangi virus berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bitcoin Depot, Brandon Mintz memberitahu Cointelegraph bahawa, peruntukan daripada sumber blockchain dan mata wang kripto penting untuk memerangi penyebaran COVID-19.

Sebagai contoh, aplikasi Folding@home yang dibangunkan oleh para penyelidik Universiti Stanford membolehkan seseorang meminjamkan keupayaan pemprosesan komputernya untuk digunakan bagi tujuan penyelidikan.

Hal ini serupa dengan ribuan komputer dan pelantar perlomobongan dengan usaha kolektifnya membolehkan aktiviti perlombongan Bitcoin.

Kuasa pemprosesan yang dikongsi oleh pengguna Folding@home akan digunakan untuk menjalankan simulasi pelipatan protein yang diperlukan dalam penyelidikan antivirus.

Keselamatan penggunaan Blockchain menjadi sangat berguna untuk transaksi pembayaran dan pembelian dalam talian tanpa sentuhan.

Pembayaran tanpa sentuhan adalah salah satu cara untuk memastikan virus berkenaan tidak tersebar daripada seseorang individu kepada individu yang lain seperti penggunaan bil kertas.

Sebagaimana di Australia dan New Zealand, mesin minuman Coca-cola layan diri menerima pembayaran dalam Bitcoin melalui kod QR.

Utiliti Blockchain dalam penyelidikan coronavirus melangkaui pembangunan dan penghasilan vaksin untuk virus tersebut.

Blockchain juga dapat digunakan dalam edaran rawatannya kelak, selain diakui berjaya atau cemerlang dalam mengesan data.

Menurut WeForum.org, Pusat Forum Ekonomi Dunia untuk Revolusi Perindustrian Keempat telah membangunkan Toolkit Penyebaran Blockchain yang bertujuan untuk mewujudkan ketelusan dalam rantaian bekalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bitcoin Depot turut menyatakan bagaimana kerajaan dapat menggunakan blockchain dalam situasi pandemik yang masih berlaku sambil mengakui fleksibiliti yang terdapat pada blockchain dalam situasi yang berbeza.

Pihaknya juga telah menyaksikan blockchain digunakan untuk mengendalikan data pesakit serta pengesanan kontrak serta membantu komuniti perniagaan dalam mengesahkan kesahihan sumbangan yang diterima.

Fantom, iaitu syarikat permulaan blockchain telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan untuk memerangi penghasilan ubat palsu di negara tersebut.

Hasilnya, pada 2017, ratusan tan ubat palsu yang dicampurkan dengan ubat asli telah disita. Blockchain Opera milik Fantom akan digunakan untuk menghasilkan jejak audit yang tidak berubah yang tidak akan terusik pada mana-mana peringkat kitaran rantaian bekalan.

Sementara terdapat usaha yang disatukan untuk syarikat blockchain dan kripto dalam memerangi COVID-19, Mintz memaklumkan bahawa ada “beberapa fragmentasi” bagaimana ia dilakukan dan masyarakat juga telah bersatu dalam memerangi wabak tersebut dengan cara masing-masing.

Binance misalnya, telah memberi sumbangan dalam peralatan kesihatan seperti pelitup muka, peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan perubatan yang lain di beberapa buah negara melalui Binance Charity.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article