- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tujuh Inisiatif Membantu Golongan Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19

Must read

art-333-01Inisiatif membantu golongan terjejas mencari pekerjaan, menambah kemahiran baharu dan menjana pendapatan secara dalam talian

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memperkenalkan tujuh (7) inisiatif bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif-inisiatif tersebut termasuklah Program Tenaga Kerja Dalam Talian (GLOW), Program PENJANA-GIG, Jom Belajar Digital di bawah inisiatif #MyDigitalWorkforce, Program 42 KL, Minggu #MyDigitalWorkforce, Direktori Latihan Kemahiran Digital dan BIASISWA MyIndustry AI.

Secara ringkas, program GLOW telah diperkenalkan sejak 2017 bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan sebagai pekerja bebas secara maya dalam bidang Pembantu Maya, Pegawai Penyelidik Dalam Talian, Penterjemah, Pereka Grafik, Alih Suara dan Bidang Teknologi Maklumat.

MDEC turut bekerjasama dengan platform e-pembelajaran global, Coursera dalam melaksanakan program Jom Belajar Digital dengan menawarkan 3,800 kursus termasuk Sijil Latihan Profesional dalam bidang Automasi IT Google dengan Python, Pengaturcaraan dan Pengenalan Intel.

PENJANA-GIG pula merupakan program kerjasama antara MDEC dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bertujuan untuk mengenal pasti kursus teknologi digital yang sesuai bagi pengambilan dan latihan PENJANA 2020 dan mereka yang layak disyaratkan bekerja dengan syarikat berkaitan ekonomi gig yang berdaftar dengan MDEC.

Program 42 KL pula merupakan sekolah pengaturcaraan komputer percuma yang menawarkan konsep pembelajaran dengan rakan sebaya berasaskan projek sebenar tanpa melibatkan guru dan kuliah bertujuan untuk mengembangkan potensi memulakan kerjaya sebagai jurutera perisian.

Program Minggu #MyDigitalWorkforce adalah acara dalam talian yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Ogos 2020 dan ia bakal menampilkan siri webinar berkaitan pekerjaan digital yang bertujuan untuk menggerak tenaga tempatan dalam sektor ekonomi digital.

Sementara itu, Program Direktori Latihan Kemahiran Digital yang akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020 bertujuan untuk membantu individu memilih program latihan yang bersesuaian dengan keperluan dan minat mereka.

BIASISWA MyIndustry AI akan dilaksanakan secara kerjasama diantara MDEC dan rakan industi untuk membina infrastruktur ekosistem AI yang diyakini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article