- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Untuk Golongan Belia dan Penganggur

Must read

art-386-01Pendaftaran untuk menyertai Program Insentif Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran boleh dibuat menerusi https://bit.ly/Penjana_HRDF

Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) akan melaksanakan Program Insentif Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran secara percuma pada bulan September hingga Disember 2020 untuk golongan belia dan penganggur di negeri Sarawak.

Program ini adalah insiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan belia dan penganggur melalui program latihan untuk membolehkan mereka mendapatkan kemahiran serta meningkatkan kemahiran baharu.

Objektif program ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia terutama golongan belia dan penganggur menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga mereka.

Melalui program ini, peserta akan mengikuti tiga (3) kursus modul komprehensif yang akan berlangsung tidak lebih daripada 30 hari iaitu Modul Transformasi Diri, Modul Keusahawanan dan Modul Pemasaran Digital dan setiap peserta akan diberi elaun khas sepanjang kursus.

Golongan sasaran yang layak untuk menyertai program serta mendapat insentif ialah individu yang mempunyai pekerjaan tetapi ingin menambah pendapatan sambilan melalui kerja-kerja sebagai pekerja bebas (freelancer).

Selain itu, program ini juga terbuka kepada individu yang berada dalam kelompok B40, individu yang memiliki perniagaan dan perusahaan kecil sederhana (PKS), individu yang bekerja dengan mana-mana PKS dan graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan.

Sehubungan itu, golongan belia dan penganggur di negeri ini digalakkan menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran sedia ada atau mempelajari kemahiran lain sebagai modal untuk menceburi dunia pekerjaan baharu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article