- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Undang-undang Hutan akan Dinaik Taraf Sesuai dengan Kehendak Semasa

Must read

art-389-01

Kerajaan Sarawak bersedia meneliti keperluan untuk menaik taraf undang-undang hutan negeri sedia ada sesuai dengan kehendak semasa.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menjelaskan, proses menaik taraf undang-undang berkaitan pengurusan hutan di negeri ini adalah proses yang berterusan.

Malah, menurut beliau, untuk mewujudkan pusat alam semula jadi, Kerajaan Sarawak perlu menaik taraf peraturan atau undang-undang tertentu dan ia tidak kekal begitu sahaja.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan pada sidang media selepas menyempurnakan majlis peletakan batu asas Semenggoh Rainforest Discovery Centre dan pelancaran talian internet di Pusat Hidupan Liar Semenggo di Kuching pada 19 Ogos.

Ketua Menteri juga memberitahu, bidang kuasa dan fungsi Jabatan Hutan Negeri Sarawak (JHS) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah distruktur semula di bawah Ordinan Hutan 2015 pada Januari tahun ini sebagai pendekatan baharu untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan dan usaha pemuliharaan hutan di negeri ini.

Jelas beliau, penstrukturan tersebut perlu dilakukan agar kedua-dua agensi dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.

Di bawah penstrukturan semula berkenaan, JHS akan memfokus pada pembangunan hutan, penanaman hutan serta industri perkayuan.

Manakala SFC pula akan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar termasuk orang utan, buaya dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article