- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sukuk Prihatin Strategi Pemulihan Ekonomi Negara Pasca PKP

Must read

art-411-01Sukuk Prihatin telah dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 18 Ogos 2020

Sukuk Prihatin adalah sukuk digital pertama Malaysia berjumlah RM500 juta yang telah dilancarkan pada 18 Ogos 2020 sebagai bukti kesungguhan kerajaan untuk meneruskan strategi memulihkan ekonomi negara pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sukuk Prihatin diterbitkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan ia memberi peluang langganan kepada orang awam dan pihak korporat sebagai suatu bentuk penyatuan sumber yang mencerminkan solidariti rakyat Malaysia dalam membina semula ekonomi negara.

Langganan dari terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Covid-19 bagi membiayai program-program untuk manfaat rakyat yang terkesan akibat pandemik ini.

Antara program yang akan dibiayai oleh sukuk ini ialah yang pertama, menambah baik fasiliti pembelajaran digital di sekolah-sekolah pedalaman dengan cara mempertingkatkan keterhubungan internet di kawasan pedalaman bagi memudahkan pembelajaran secara digital.

Kedua ialah bagi menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau PKS Mikro yang terjejas akibat Covid-19 terutamanya usahawan wanita.

Ketiga ialah pembiayaan penyelidikan penyakit berjangkit (infectious diseases) yang memanfaatkan usaha Kementerian Kesihatan dan Institusi Penyelidikan Awam serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam kajian terhadap sesuatu penyakit atau wabak berjangkit.

Kerajaan begitu komited untuk memastikan tidak ada golongan yang akan ketinggalan dalam usaha pemulihan ekonomi sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (Shared Prosperity Vision) yang menjadi tonggak aspirasi kerajaan.

Usaha murni kerajaan dan rakyat yang berganding bahu dalam usaha menerbitkaan sukuk ini akan dapat memastikan matlamat menstruktur semula ekonomi, merapatkan jurang pendapatan dan membina negara yang bersatu, makmur dan bermaruah dapat dicapai.

Lebih daripada itu, Sukuk Prihatin bukan sahaja membantu negara dari segi pemulihan ekonomi bahkan menjadi pelaburan yang memberi pulangan kepada rakyat.

 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article