- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

IT Memperkasa dan Mengupaya Wanita Menjadi Warga Waja, Dinamik dan Tabah

Must read

426-01

Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan penduduk Sarawak dan dengan kewujudan Teknologi Maklumat (IT) akan daat memperkasa dan mengupaya lagi wanita untuk menjadi warga yang waja, dinamik dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

Justeru, “Wanita Sarawak Dalam Era Digital” telah dipilih sebagai tema Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak manakala “Wanita Waja Negara Sejahtera” dipilih sebagai tema Hari Wanita Peringkat Kebangsaan

Tema tahun ini dipilih bertujuan mengingatkan kaum wanita tentang potensi besar yang disediakan oleh prasarana digital dalam membuka ruang dan peluang bagi mereka untuk terus berperanan dan menyumbang secara bermakna dalam membangun dan mensejahterakan penduduk Sarawak.

Ini adalah sejajar dengan aspirasi Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg apabila membuat ketetapan untuk menggunakan platform digital sebagai pemangkin ekonomi dan peningkatan pendapatan menjelang tahun 2030.

Perkara ini dinyatakan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ketika menyampaikan ucapan sempena Hari Wanita 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 29 Ogos 2020.

Jelas beliau, semasa dunia dilanda pendemik Covid-19 sehingga menghad dan membataskan pergerakan fizikal di dalam dan antara daerah, IT menjadi penyelamat utama dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat dan kelangsungan kegiatan penjanaan pendapatan ekonomi.

Dengan bantuan IT dan pelbagai aplikasi digital, tempahan dan pesanan bahan-bahan mentah, makanan bermasak, pembelajaran resipi baharu telah dapat dijalankan dengan meluas.

Melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah memanfaatkan sepenuhnya wadah digital untuk meneruskan usaha memperkasa dan mengupayakan wanita.

Antara insiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan ialah mengadakan kursus dan bengkel, latihan kemahiran, pemantapan institusi keluarga, pemasaran dan perniagaan yang dijalankan secara dalam talian melalui WWTC@Online Learning menggunakan aplikasi Zoom.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article