- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perbezaan di antara Kerja dengan Kerjaya

Must read

art-430-01

Memahami perbezaan di antara ‘kerja’ dan ‘kerjaya’ akan menjadikan anda seorang pekerja yang berjaya.

Hal ini dikatakan demikian kerana setiap individu memiliki kemahiran yang berbeza. Ada pekerja merasa seronok bekerja kerana dapat mengaplikasikan kemahiran pada pekerjaan yang sepadan dengan jawatan dan kemahiran yang memberikan kelebihan dan kepuasan bekerja.

Namun, ada yang bekerja kerana terpaksa atau tidak mempunyai pilihan selaian hanya bekerja semata-mata untuk mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup.

Perkara terbaik yang harus dilakukan adalah melakukan pekerjaan yang diminati tanpa perasaan terpaksa.

Berikut adalah perbezaan di antara kerja dan kerjaya.

  1. Kebanyakan kerja membosankan

Bekerja untuk sesuatu yang tidak disukai boleh membuatkan anda banyak menghabiskan masa melihat jam dan menghitung detik waktu yang berjalan sehingga tamat waktu bekerja.

Manakala bekerja untuk sesuatu yang disukai serta berdasarkan kemahiran yang dimiliki boleh membuatkan anda merasa seakan waktu berjalan dengan begitu pantas. Jika anda bekerja untuk sesuatu yang diminati, anda akan cuba untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Kerja yang tidak diminati membuatkan anda merasa cepat bosan manakala kerjaya yang diminati pula memeberikan rasa bahagia dan kepuasan sehingga segala tugas akan terhasil dengan sempurna dan sepenuh hati.

  1. Untuk jangka masa yang panjang

Jika anda memilih untuk bekerja dalam jangka masa yang panjang, anda akan memikirkan tentang banyak hal yang akan memberi kesan pada masa akan datang. Anda perlu merancang dan fikirkan bagaimana kemahiran dan minat yang anda miliki akan membantu syarikat serta diri anda untuk maju ke hadapan.

Perbezaan di antara kerja dan kerjaya adalah apabila anda hanya bekerja untuk jangka masa yang singkat, motivasi untuk menghasilkan kerja yang bagus sukar untuk diperolehi sepenuhnya. Namun demikian, ia akan menjadi lebih baik jika anda mempunyai rancangan untuk menyambung pekerjaan anda untuk jangka masa yang panjang apabila anda sudah selesa dengan pekerjaan yang anda lakukan.

  1. Menambah pengalaman

Perbezaan di antara kerja dan kerjaya adalah orang yang mementingkan kerjaya tidak akan menghiraukan atau terlalu memkirkan tentang wang, sebaliknya mereka mementingkan pengalaman yang mereka boleh dapati daripada pekerja-pekerja yang lebih berpengalaman.

Mereka bersedia untuk mempelajari benda-benda baharu untuk meningkatkan prestasi kerja. Jika anda bekerja hanya untuk menambahkan wang bulanan, anda ialah di antara orang-orang yang rugi. Hal ini kerana, walaupun anda seorang pekerja yang bagus, ilmu anda hanya akan berada di tahap yang sama berbanding dengan orang yang selalu bertukar-tukar ilmu dengan rakan sekerja yang lain.

Sifat rajin bertanya juga membantu mereka memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mereka dalam melakukan pekerjaan dari semasa ke semasa.

  1. ‘Monday Blues’

Pagi Isnin mungkina bukan hari yang paling digemari oleh semua orang, tetapi tidak kepada golongan pekerja yang menggemari kerja yang mereka lakukan. Apabila anda melakukan kerja yang memang merupakan minat anda, anda akan merasa teruja untuk memulakan kerja pada setiap pagi dan menjadikan minggu anda produktif dan lebih efektif.

Berbeza pula apabila anda hanya sekadar bekerja tapi tidak menyukai pekerjaan yang anda lakukan dan anda akan merasakan cuti hujung minggu anda tidak mencukupi dan anda ialah pekerja yang paling malas untuk memulakan hari terutama menjelang pagi Isnin.

  1. Tingkatkan prestasi diri

Apabila anda berada dalam situasi kerja yang tidak anda sukai, anda akan banyak meluangkan masa mencari pekerjaan baharu. Mencari kerja sebenarnya memenatkan dan sukar untuk mendapatkan kerja dalam masa y ang singkat.

Jika anda merancang mencari pekerjaan baharu sedangkan anda masih bekerja, anda mungkin akan mencuri masa kerja untuk mencari jawatan-jawatan kosong di syarikat lain yang merupakan satu perbuata yang tidak baik. Lain pula halnya apabila anda berada dalam satu organisasi yang anda sukai, anda akan menghabiskan masa dan tenaga dalam membangunkan reputasi diri, membina lebih banyak rangkaian dan mempunyai matlamat yang kukuh untuk meningkatkan kemahiran yang anda miliki.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article