- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Melihat Makna Kemiskinan dari Dua Konsep Berbeza

Must read

art-444-01Statistik kemiskinan mutlak mengikut negeri

Apabila menyebut tentang kemiskinan, sudah pasti yang terlintas di fikiran kita adalah keadaan seseorang itu tidak memiliki harta benda, tingkat pendidikan yang rendah, kekurangan makanan dan pakaian, tiada tempat tinggal yang selesa dan tiada pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidup.

Dalam konteks Malaysia, biasanya kemiskinan dijelaskan melalui dua konsep iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.

Konsep kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan seseorang individu atau isi rumah tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah.

Biasanya, kemiskinan mutlak diukur dengan menggunakan perbandingan antara pendapatan sekumpulan isi rumah dengan satu tahap yang dipanggil Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

PGK ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS & BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum untuk membolehkan sesebuah isi rumah, secara purata menampung keperluan makanan, pakaian dan perbelanjaan asas seperti sewa, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan perhubungan, kesihatan dan rekreasi.

Konsep kemiskinan relatif pula dikaitkan dengan agihan pendapatan yang menerangkan kedudukan relatif satu-satu kumpulan berbanding dengan kumpulan yang lain dari segi pendapatan dan ia merangkumi kedua-dua konsep kemiskinan mutlak dan pendapatan tidak seimbang.

Kemiskinan relatif wujud apabila seseorang tidak mempunyai cara dan sumber yang diperlukan untuk memenuhi tahap minimum taraf hidup yang dianggap biasa dalam masyarakat atau komuniti di mana penduduk.

Kemiskinan relatif ini akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan selagi mana wujud ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan.

Lagi tinggi ketidakseimbangan pendapatan lagi serius masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya.

Maka berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan isi rumah dibandingkan dengan PGK.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article