- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Panduan untuk Kekal Aktif dan Cergas

Must read

Semua orang mengimpikan badan yang cergas atau kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan.

Kecergasan adalah keadaan tubuh badan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam bermacam-macam aktiviti fizikal serta mengurangkan risiko masalah kesihatan.

Kecergasan mengandungi komponen-komponen seperti; kekuatan (keupayaan menghadapi tekanan), stamina (kemampuan yang berterusan), kemudahlenturan atau fleksibiliti (kemampuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar) dan koordinasi (kemampuan untuk menggabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan).

Memperolehi dan mengekalkan kecergasan memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senaman berkala.

Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan.

Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

Namun, tidak semua orang, terutama orang dewasa mempunyai masa untuk bersenam atau bersukan disebabkan kesibukan kerja atau rutin harian.

Tidak kurang juga yang malas atau tidak dapat mendisiplinkan diri untuk bersenam.

Berikut merupakan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk kekal aktif dan cergas:

  • Lakukan regangan beberapa minit sebelum dan selepas tidur.
  • Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.
  • Lakukan regangan semasa menonton iklan TV.
  • Berjalanlah untuk menukar rancangan TV sebagai ganti alat kawalan jauh.
  • Cuba berjalan cepat semasa menanti temujanji harian anda.
  • Semasa berkebun, gunakan alat-alat yang manual sebagai ganti alat-alat elektrikal.
  • Letak kereta anda jauh dari destinasi atau turun dari bas di perhentian yang lebih jauh dan nikmatilah keseronokan berjalan kaki.
  • Gunakan tangga dengan lebih kerap berbanding menggunakan lif.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article