- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Teori menyokong pernyataan “Kepimpinan Bukan Bakat Semulajadi, Boleh dipelajari”

Must read

Leadership concept. blue paper ship with flag lead among white. One leader ship leads other ships.

Kepimpinan perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza kerana anda dapat membawa orang di sekeliling anda atau di bawah penyeliaan anda mencapai matlamat lebih besar secara bersama.

Menurut Bass (1989 & 1990), terdapat tiga teori kepimpinan menjelaskan bagaimana seseorang itu menjadi seorang pemimpin.

 ‘Teori Trait’ mengambil kira personaliti, sosial, fizikal atau sifatsifat intelektual untuk membezakan pemimpin dan bukan pemimpin. Sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki dalam dirinya mencakupi cita-cita yang tinggi, keinginan tinggi untuk memimpin, jujur dan integriti,keyakinan diri, kebijaksanaan, pemantauan kendiri dan pengetahuan yang relevan.

Manakala berdasarkan ‘Teori Tingkah Laku’, tingkah laku tertentu membezakan pemimpin dan bukan pemimpin. Teori ini berbeza dengan Teori Trait yang menganggap pemimpin mempunyai bakat semulajadi manakala teori tingkah laku menganggap kepimpinan boleh dipelajari.

Teori terakhir pula iaitu ‘Teori Kontingensi Fiedler’ yang berasaskan andaian bahawa jenis sikap dan tingkah laku kepimpinan yang paling berkesan bergantung kepada situasi tugas kelompok.

Teori Kontingensi dapat dilihat melalui situasi kepimpinan, di mana situasi ini merupakan hubungan yang dijalinkan di antara pemimpin dan juga pengikut serta dimensi kedua dalam membentuk situasi iaitu struktur tugas.

Sesiapapun boleh menjadi pemimpin dan boleh mempelajari kemahiran memimpin. Ini terdapat dalam ‘Teori Kepimpinan Transformasional’. Teori tersebut kini diterima secara meluas. Apabila seseorang memutuskan untuk menghormati anda sebagai seorang pemimpin, dia tidak akan memikirkan perkara lain seperti sifat-sifat anda tetapi sebaliknya menilai dahulu keupayaan anda melalui pemerhatiannya kemudian barulah menilai sama ada pemimpin tersebut menepati apa yang diharapkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article