- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kepimpinan Berkesan Nadi Kejayaan Organisasi

Must read

art-449-01

Kepimpinan sering dikaitkan dengan usaha untuk mencapai sesuatu melalui orang lain, menguruskan setiap perubahan, serta mempunyai visi dan matlamat yang jelas daripada strategi yang telah dibangunkan.

Kepimpinan berkesan lahir daripada pemimpin yang jelas tentang apa yang mereka inginkan, bertindak dan berkomunikasi untuk menghasilkan sesuatu yang diinginkan, dan membantu yang lain untuk bertindak serupa seperti apa yang dilatih kepada mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurut pandangan seorang pakar pengurusan, Profesor John Kotter kepimpinan itu melibatkan penciptaan visi dan hala tuju strategik untuk organisasi, dan berkongsi visi kepada rakyat dan pelanggan organisasi. Ia turut melibatkan usaha menginspirasi, memotivasi serta mengajak rakyat bersama untuk mencapai visi tersebut.

Manakala John Maxwell pula mengatakan bahawa kepimpinan tersebut adalah proses pengaruh sosial. Pemimpin yang berpengaruh pula merupakan pemimpin yang mempunyai kemampuan dan keupayaan membawa organisasinya ke arah diimpikan.

Pendapat pakar pengurusan, Thomas Stewart pula menyatakan bahawa bukanlah faktor seseorang yang menjadikan syarikat atau organisasi tersebut dikagumi, tetapi sekiranya anda diberikan hanya satu pilihan anda pasti memilih faktor kepimpinan. Seseorang pemimpin itu bukan hanya mempunyai keupayaan memimpin sahaja, tetapi “terlibat secara langsung” sehingga mampu mencipta impak yang cukup besar.

Kesan daripada kepimpinannya boleh menjangkaui sempadan yang cukup luas dan boleh dirasai dan dinikmati sehingga melepasi sempadan negeri, peringkat serantau dan peringkat global. Jika dibuat kesimpulan, pemimpin tersebut perlu mampu “mencipta kelainan atau perubahan” di samping berkemampuan melihat ke hadapan (thinking forward) pada masa yang sama mampu menganalisa (thinking again) dan berfikir segenap segi (thinking across).

Walau bagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan bahawa seseorang pemimpin yang berjaya perlu mempunyai kemahiran seperti menerima keupayaan orang lain seadanya dan bukan seperti apa yang anda kehendaki.

Selain itu, keupayaan untuk melihat setiap hubungan dan permasalahan pada masa akan datang dan bukannya berdasarkan pengalaman yang lepas di samping memberikan layanan dan perhatian yang sama rata dengan mereka yang anda baru kenal.

Keupayaan untuk mempercayai orang lain walaupun risikonya mungkin besar di samping keupayaan melakukan sesuatu tugasan tanpa memerlukan kelulusan secara terlalu kerap daripada orang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article