- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

3,549 Rumah Mampu Milik akan Dibina di Sarawak Bagi Tempoh Tiga Tahun

Must read

art-481-01

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang untuk membina sebanyak 3,549 unit rumah mampu milik di Sarawak bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Projek-projek perumahan yang terlibat merangkumi Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Perumahan PR1MA dan Profram Perumahan SPNB.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, KPKT merancang untuk membina 750 unit rumah PPR, 538 unit rumah PPAM, 702 unit untuk Perumahan PR1MA dan 1,559 unit rumah di bawah projek SPNB.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Seri Ismail Abd Muttalib pada persidangan Dewan Negara pada awal September.

Menurut beliau, setakat 30 Julai tahun ini, sebanyak lapan projek dengan 4,140 unit rumah PPR telah siap dibina di Sarawak manakala tiga projek pula sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2021 dan 2022.

Perkembangan tersebut pasti akan menggembirakan rakyat Sarawak yang ingin memiliki rumah, terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article