- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tujuan dan Kepentingan Penilaian Prestasi

Must read

Art-494-01Penilaian prestasi penting untuk mengenal pasti pekerja yang mempunyai prestasi cemerlang

Sesebuah organisasi mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan melaksanakan penilaian prestasi antaranya untuk memastikan kandungan kerja, tugasan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pekerja menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Selain itu, penilaian prestasi membolehkan sesebuah organisasi mengenal pasti pekerja yang mempunyai prestasi cemerlang untuk diberikan ganjaran manakala staf yang mempunyai prestasi kurang baik perlu dibangunkan untuk memperbaiki kelemahan mereka.

Penilaian prestasi dapat membentuk data yang sah bagi tujuan kenaikan gaji dan pangkat, selain membantu organisasi membuat keputusan berkaitan dengan pemberhentian dan amaran kepada perkerja yang mempunyai prestasi kerja yang tidak memuaskan.

Antara kepentingan yang lain, penilaian prestasi akan membentuk komitmen pekerja melalui perbincangan peluang kerjaya di dalam organisasi; memberi dorongon kepada pekerja untuk berusaha; mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja;

Mengatasi masalah pekerja; menetapkan jangkaan prestasi baharu terhadap pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka; dan menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan.

Bagi sesetengah organisasi, tugas untuk membangun dan menguruskan satu sistem penilaian prestasi yang berkesan merupakan satu tugas pengurusan sumber manusia yang sangat rumit.

Kebanyakan pengurus sumber manusia berasa tidak puas hati dengan tugas yang berkaitan dengan penilaian prestasi, kenaikan pangkat, peluang untuk membangun diri dan sebagainya yang mereka laksanakan.

Pada dasarnya, Sistem Pengurusan Prestasi atau Penilaian Prestasi adalah untuk menyediakan kemudahan bagi menetapkan sasaran kerja tahunan pegawai selaras dengan matlamat organisasi serta membuat penilaian prestasi tahunan.

Melalui proses ini penyelia dan pengurusan dapat menghubungkaitkan prestasi pegawai kepada pengurusan pembangunan kerjaya, keperluan pembangunan serta pemilihan penerima anugerah khidmat cemerlang bagi sesebuah organisasi.

Kebanyakan organisasi menilai prestasi para pekerja mereka dengan menggunakan sistem penilaian prestasi di mana sistem ini dilihat dapat membantu organisasi meningkatkan prestasi dengan memberi tumpuan kepada akauntabiliti, budaya ke arah pengukuran dan ketelusan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article