- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Usahawan Perlu Idea Inovatif Untuk Kembangkan Perniagaan

Must read

art-526-01Usahawan yang berfikiran inovatif mampu mencipta sesuatu yang baharu untuk kebaikan perniagaan

Setiap usahawan perlu mempunyai idea-idea yang inovatif untuk membolehkan mereka mencipta sesuatu yang baharu agar perniagaan mereka dapat berkembang dengan pantas sejajar dengan kehendak dan keperluan pengguna masa kini.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di samping kemajuan internet telah memberi impak besar terhadap dunia perniagaan dimana persaingan pasaran di antara usahawan juga telah menjadi semakin pesat.

Oleh sebab itu, para usahawan perlu berfikiran inovatif untuk menghasilkan inovasi bagi menangani perubahan ekonomi moden yang banyak menggunakan teknologi berbanding tenaga manusia.

Menurut Kuratko dan Hodgetts, 2004, terdapat empat asas kepada inovasi iaitu penciptaan (invention), perluasan (extension), duplikasi (duplication) dan perpaduan (synthesis).

Usahawan harus mengelurkan idea yang inovatif untuk mencipta sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang belum pernah dicuba atau direkacipta oleh orang lain dan pesaing.

Sesuatu yang dicipta juga haruslah bersifat asli atau tidak pernah dicuba, contohnya telegraph yang telah dicipta oleh Samuel Morse.

Pada 1832, Samuel Morse bertemu dengan Charles Thomas Jackson dari Boston yang pandai dalam bidang elektromagnet.

Setelah memerhati berbagai-bagai eksperimen elektromagnet yang dilakukan oleh Jackson, Morse telah mengeluarkan idea-idea inovatif dan akhirnya mengembangkan konsep telegraf berdawai tunggal.

Konsep perluasan pula adalah dimana seseorang usahawan berupaya membuat penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada.

Sebagai contoh, Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.

Usahawan yang berinovatif juga harus bersifat kreatif dalam membuat duplikasi terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.

Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.

Contohnya, fungsi telefon bimbit lebih 20 tahun yang lalu hanya digunakan untuk membuat panggilan, tetapi kini, telefon bimbit telah mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti merakam video, gambar, penyuntingan, melayari internet dan banyak lagi fungsi yang lain.

Perpaduan adalah proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baharu dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada misalnya, gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article