- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kehendak dan Keperluan Main Peranan Penting Dalam Motivasi Diri

Must read

Kehendak dan keperluan memainkan peranan yang sangat penting dalam memotivasi diri sesorang sama ada seorang pelajar, usahawan, peniaga, pekerja, guru dan sebagainya dan setiap orang mempunyai kehendak yang berbeza-beza.

Motivasi didefinisikan sebagai sebuah dorongan iaitu keinginan seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kehendaknya, justeru motivasi biasanya akan timbul kerana adanya sesuatu kehendak atau keperluan yang belum dicapai.

Kehendak inilah yang akan mengakibatkan individu berasa resah dan keresahan ini seterusnya akan menggerakkan rangsangan untuk mencari gelagat yang sesuai.

Gelagat yang sesuai ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kehendak tercapai dan sekiranya kehendak tercapai, keresahan akan berkurangan atau hilang.

Contohnya, seorang pelajar atau mahasiswa yang ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan (kehendak pelajar) akan menyababkan pelajar atau mahasiswa tersebut berasa resah dan akhirnya keresahan itu akan mendorong dan merangsangnya untuk mencari gelagat yang perlu dilakukannya.

Sebagai seorang pelajar mahupun mahasiswa yang mahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, dia perlu belajar bersungguh-sungguh, tidak ponteng kelas, mengambil nota, mengulang kaji pelajaran, bertanya soalan yang tidak difahami dan sebagainya.

Dengan cara ini, soalan-soalan peperiksaan akan dapat dijawab dengan baik dan membolehkan pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam konteks organisasi dan kerja pula, setiap pekerja mempunyai kehendak yang berlainan mahukan gaji tinggi, inginkan jawatan yang baik dan sebagainya.

Jadi, untuk memotivasikan diri pekerja, pengurus perlu memahami apa yang diiginkan oleh pekerja dan cuba untuk membantu mereka mencapai kehendak mereka.

Biasanya, cara untuk mendorong atau memotivasikan pekerja untuk melaksanakan tugas mereka boleh difahami melalui pelbagai teori motivasi yang telah dibangunkan antaranya teori motivasi yang popular ialah Teori Motivasi Maslow, Teori Motivasi Herzberg dan Teori Motivasi McGregor.

Ketiga-tiga teori tersebut merupakan teori awal yang cuba menjawab persoalan tentang apa yang memotivasikan diri seseorang dan ia juga turut memberi tumpuan kepada kehendak individu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article