- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kelebihan Kemahiran Insaniah

Must read

Hari ini, kebanyakan majikan mengambil kira kemahiran insaniah sebagai salah satu ciri yang perlu dimiliki oleh pekerja atau bakal pekerja selain daripada kelayakan akademik dan kemahiran teknikal.

Kemahiran insaniah boleh didefinisikan sebagai semua sifat positif keperibadian seseorang.

Dalam persaingan pasaran kerja yang sengit, kemahiran insaniah merupakan set kemahiran penting yang akan memberi kelebihan kepada seseorang individu.

Kemahiran insaniah dapat diserlahkan lebih-lebih apabila seseorang pekerja diberi tanggungajawab sebagai pemimpin untuk memimpin sesebuah pasukan mahupun diamanahkan untuk mengetuai sesuatu tugasan dan projek.

Sifat keperibadian seperti kelenturan, kebolehpercayaan dan kualiti kepimpinan yang kuat memberikan nilai terhadap apa-apa jenis pekerjaan.

Tidak seperti kemahiran keras atau kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dapat dipindah milik melalui didikan dan ketauladanan.

Berikut merupakan beberapa contoh kemahiran insaniah teratas:

  • Komunikasi
  • Penyelesaian masalah
  • Kepimpinan
  • Membuat keputusan
  • Kebolehpercayaan
  • Kesesuaian dan fleksibiliti
  • Pengurusan masa
  • Kerja Berpasukan dan Kerjasama
  • Kreativiti
  • Kemahuan untuk belajar

Kemahiran insaniah bersifat subjektif dan sukar dinyatakan dalam bentuk jumlah.

Kemahiran insaniah dapat dikembangkan dan akan muncul secara semula jadi melalui pengalaman dan pelbagai tugasan yang telah diamanahkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article