- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kompleks Unifor Dasar Inklusif Kerajaan Jaga Kebajikan Masyarakat

Must read

Kerajaan Negeri menyediakan tapak seluas kira-kira 1.2 hektar bagi pembinaan Kompleks Unit Hal Ehwal Agama Lain (Unifor) di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching

“Kompleks ini akan menjadi platform kepada ketua-ketua agama lain berkumpul dan berbincang mengenai agama serta cara hidup,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya sebelum majlis pecah tanah kompleks ini hari ini (20 Oktober 2020).

Beliau seterusnya berkata dengan cara hidup yang kini semakin berubah oleh sebab peredaran masa serta pengaruh media sosial, platform agama memainkan peranan dalam usaha mengekalkan terutamanya perpaduan pelbagai kaum dan agama.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengucapkan penghargaan di atas keprihatinan Ketua Menteri tentang hal-hal berkaitan Unifor.

Datuk Amar Douglas turut menyatakan rasa terima kasih bagi pihak Unifor atas kelulusan Ketua Menteri memberikan geran berjumlah RM70 juta bagi menampung kos pembinaan kompleks ini.

Kompleks yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun ini mempunyai bangunan setinggi 10 tingkat ini akan mempunyai ciri-ciri konsep bangunan hijau dan mempunyai tempat mesyuarat dua tingkat, dewan jamuan yang boleh menempatkan 1,000 orang jemputan dan ruang komersial.

Unit untuk Agama Lain (UNIFOR) ditubuhkan pada 27 April 2017, di Jabatan Ketua Menteri di bawah portfolio Timbalan Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Penubuhan UNIFOR sebagai agensi Kerajaan Negeri adalah cetusan idea mantan Ketua Menteri Sarawak  Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang bertanggungjawab mengatur dasar untuk mempromosikan keharmonian antara agama sambil menilai, mencadangkan dan merumuskan dasar, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan agama lain di Sarawak.

UNIFOR akan menjadi landasan bagi permohonan untuk dana dan tanah untuk pembinaan rumah ibadat baharu atau pembaikan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article