- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Keperluan Adalah Dasar Motivasi Seseorang Untuk Bertindak

Must read

Teori Motivasi Maslow dianggap sebagai teori yang paling popular dan intipatinya menjelaskan bahawa kehendak manusia boleh dikategorikan kepada lima jenis keperluan yang boleh disusun dalam satu tingkat keperluan yang sistematik.

Tingkat keperluan tersebut pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama ialah tingkat keperluan bawahan yang terdiri daripada keperluan fisiologi dan keselamatan dan kedua ialah tingkat keperluan atasan terdiri daripada keperluan sosial atau penerimaan, penghargaan dan pencapaian hasrat diri.

Keperluan fisiologi merupakan keperluan individu yang paling asas serta primitif dan diperlukan oleh setiap individu untuk dapat terus hidup.

Contoh keperluan fisiologi ialah keperluan untuk mendapatkan udara, makanan, minuman, tidur, rehat, pakaian dan perlindungan daripada hujan panas.

Keperluan keselamatan pula merupakan keperluan untuk bebas daripada ancaman bahaya terhadap tubuh badan dan nyawa serta bebas daripada ancaman kehilangan kerja, krisis ekonomi dan sebagainya.

Manakala, keperluan sosial atau penghargaan melibatkan keperluan untuk diterima oleh masyarakat kerana seseorang individu memerlukan persahabatan dan kasih sayang daripada orang lain.

Keperluan penghargaan pula melibatkan keperluan individu untuk dihargai bagi segala usaha yang dilakukan dan diberikan kebebasan dan autonomi bagi melaksanakan segala usaha.

Penghargaan yang diperlukan itu boleh dalam bentuk penghargaan dalaman seperti bebas membuat keputusan atau dalam bentuk luaran seperti pemberian status perhatian atau kedua-duanya.

Keperluan pencapaian hasrat diri merupakan keperluan di peringkat tertinggi dalam tingkat keperluan di mana individu ingin mencapai apa yang boleh dicapainya dengan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada padanya.

Untuk menggunakan teori ini dengan berkesan bagi memotivasikan pekerja, pengurus perlu terlebih dahulu memahami andaian-andaian yang telah dibuat bagi teori ini.

Teori ini mengandaikan bahawa manusia akan memenuhi kesemua keperluan bawahan sebelum berkeinginan untuk memenuhi keperluan asas.

Kesimpulannya, apabila sesuatu tingkat keperluan telah dipenuhi, maka keperluan tersebut tidak lagi menjadi asas motivasi untuk mendorong seseorang individu bertindak sebaliknya tingkat keperluan yang lebih asas akan menjadi faktor yang memotivasi seseorang individu untuk melakukan sesuatu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article