- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM250 Juta Bangunkan Arkib Untuk Memelihara Khazanah Berharga

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Dr. Hajah Rashidah Haji Bolhassan meninjau kemudahan yang terdapat di Pustaka Sibu
Pustaka Sibu

Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM250 juta untuk membangunkan sebuah arkib khas bagi menyimpan dan memelihara khazanah berharga negeri ini.

Menurut Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Sarawak mempunyai banyak khazanah berharga yang kebanyakannya masih berada di luar negara.

Oleh itu beliau berhasrat hendak membawa pulang kesemua khazanah terbabit yang kebanyakannya terdiri daripada dokumen-dokumen penting antaranya yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 yang pada masa ini masih disimpan di London.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa arkib yang akan dibina itu akan turut dihubungkan dengan perpustakaan di Sibu dan Miri melalui rangkaian internet agar masyarakat di kedua-dua bahagian berpeluang membuat rujukan tentang sejarah Sarawak.

Selain itu, kewujudan arkib itu juga akan membolehkan Sarawak bertukar-tukar dokumen dengan perpustakaan dari seluruh dunia yang memiliki artikel mengenai Sarawak dengan mudah dan cepat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Sibu di Sibu pada 21 Oktober 2020.

Pustaka Sibu merupakan cawangan terbaharu Pustaka Negeri Sarawak yang terletak di Wilayah Tengah dan merupakan pemangkin dalam membantu kerajaan mengurangkan jurang digital sekaligus menjadi portal bagi Bahagian Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei.

Pustaka Sibu telah mengadakan Majlis Permulaan Perkhidmatan pada 14 September 2020 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo kemudian telah dibuka kepada orang awam pada hari berikutnya.

Sehubungan itu, masyarakat Bandaraya Sibu harus mengambil kesempatan berkunjung ke Pustaka Sibu dan menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang telah disediakan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article