- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Dua Faktor Dapat Memotivasi Seorang Pekerja

Must read

Teori Motivasi Herzberg yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Teori Penyelenggaraan Motivasi dan Teori Dua Faktor telah dipelopori oleh Frederick Herzberg.

Pada asasnya, teori ini menjawab persoalan apa yang diinginkan oleh pekerja dalam kerjanya dan berasaskan persoalan ini, Herzberg telah menyarankan dua faktor yang dapat memotivasi pekerja iaitu faktor penjagaan atau faktor kesihatan dan faktor motivasi.

Faktor penjagaan suatu keadaan apabila keperluan yang dikehendaki mencukupi di tempat kerja, ia akan memberi ketenteraman atau menyenangkan pekerja namun, ia masih tidak berupaya untuk memotivasi dan memuaskan hati pekerja.

Faktor penjagaan ini seperti dasar, peraturan dan tatacara syarikat, keadaan tempat kerja yang selesa, gaji yang diberikan, penyeliaan yang baik dan pentadbiran yang cekap atau pun secara ringkasnya, faktor penjagaan ini merupakan faktor luaran kerja atau faktor ekstrinsik.

Faktor motivasi pula berhubung dengan faktor yang dapat memuaskan hati pekerja serta dapat memotivasi pekerja agar mereka berupaya menunjukkan prestasi kerja yang lebih baik.

Faktor motivasi merupakan faktor dalaman kerja atau faktor intrinsik yang terdiri daripada autonomi, penghargaan, tanggungjawab dan kerja yang mencabar dan Tanpa faktor ini, ketidakpuasan hati akan timbul, seterusnya pekerja tidak akan bermotivasi untuk melaksanakan kerja dengan baik.

Mengikut teori ini, seseorang pekerja akan terangsang oleh apa yang terkandung dalam kerja yang dilakukan dan bukannya daripada persekitaran kerja atau dengan maksud lain, untuk memotivasikan pekerja, pengurus perlu menitikberatkan kandungan kerja itu sendiri.

Oleh itu, pengurus boleh memberikan tugas-tugas yang lebih mencabar, lebih kebebasan untuk membuat keputusan, tanggungjawab yang lebih dan penghargaan atas prestasi kerja yang ditunjukkan.

Faktor dalaman kerja atau faktor intrinsik dalam Teori Herzberg merupakan keperluan penghargaan dan keperluan pencapaian hasrat diri manakala faktor ekstrinsik dalam Teori Herzberg pula merupakan keperluan sosial atau penerimaan, keperluan keselamatan dan keperluan fisiologi.

Teori Teori Motivasi Herzberg dan Teori Motivasi Maslow bersetuju bahawa faktor dalaman memainkan peranan yang lebih penting untuk memotivasikan pekerja dalam jangka masa panjang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article