Kemahiran dalam berkomunikasi amat penting untuk membolehkan seseorang pekerja dapat berkongsi ilmu dengan rakan sekerja yang lain dengan lebih efektif dan efisien.
Komunikasi merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang individu kepada individu yang lain atau proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.
Komunikasi sebenarnya merangkumi dua (2) aspek iaitu komunikasi lisan dan komunikasi lisan dimana komunikasi lisan melibatkan percakapan atau perbualan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej dari satu pihak yang lain dan pihak yang menerima mesej itu akan memproses mesej yang diterima.
Komunikasi bukan lisan pula merupakan komunikasi yang melibatkan gerak laku seseorang individu yang ditunjukkan seperti postur tubuh dan gesture tangan atau kepada, mimik muka termasuk mata, hidung dan bibir.
Komunikasi adalah asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan individu dengan individu yang lain maka, komunikasi interpersonal adalah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain serta memahami mereka.
Menurut Idris et.al, 2008, kemahiran komunikasi interpersonal terdiri daripada keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan petunjuk serta kemahiran komunikasi.
Jelas sekali bahawa kemahiran komunikasi merupakan kemahiran interpersonal yang paling penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau berkongsi ilmu pengetahuan kepada seseorang dengan tepat dan berkesan.
Komunikasi interpersonal ini sering berlaku untuk berkongsi ilmu dan maklumat, menyelesaikan masalah dan konflik, membaiki persepsi diri serta memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi.
Oleh itu, seseorang inidividu yang tidak dapat menguasai kemahiran komunikasi akan mengalami kesukaran untuk berkongsi ilmu dengan rakan sekerja yang lain sehingga akhirnya ia akan memberi kesan terhadap perkembangan profesionalisme dalam sesebuah organisasi.
Kemahiran komunikasi itu sangat diperlukan dalam sesebuah organisasi untuk mencapai pemahaman bersama dan juga matlamat yang diharapkan justeru, mempertingkatkan kemahiran komunikasi akan membantu dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan.
Betul sekali, kemampuan berkomunikasi sangat penting. Banyak orang sukses karena piawai berkomunikasi. Sebaliknya banyak juga prestasi akademis nya bagus tapi kurang dalam berkomunikasi