- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Perubahan Budaya

Must read

Sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) sentiasa diperbaiki melalui program Transformasi PANS yang telah dimulai sejak 2010.

Transformasi PANS ini mencakupi lapan (8) bidang utama dan salah satunya ialah Pengurusan Perubahan Budaya (Managing Culture Change).

Di bawah Pengurusan Perubahan Budaya, PANS telah menerapkan aplikasi psikologi dengan meletakkan fokus kepada budaya digital bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang tangkas (agile), berdaya tahan (resilient) dan mempunyai tahap penyesuaian diri (adaptiveness) yang tinggi.

Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan, pengurusan sumber manusia sektor awam hendaklah melaksanakan penambahbaikan dalam urusannya dengan menerapkan pendekatan psikologi.

Pendekatan psikologi merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan dan ia terdiri daripada tiga aspek iaitu aspek pembangunan, aspek pencegahan dan aspek pemulihan.

Aspek pembangunan merupakan proses merancang, melaksana dan memantau program psikologi untuk mempertingkatkan potensi serta prestasi penjawat awam manakala aspek pencegahan adalah untuk memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.

Aspek pemulihan merupakan tindakan memberi dan menyediakan program psikologi untuk membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.

Ketiga-tiga aspek diatas dilaksanakan melalui aplikasi psikologi yang merangkumi fasa pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan dan pasca perkhidmatan.

Aplikasi psikologi dalam pengurusan perubahan budaya merupakan aktiviti yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu di tempat kerja sebagai usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan kakitangan penjawat awam.

Aplikasi psikologi biasanya melibatkan penilaian personel, penyelidikan dan intervensi secara tidak langsung akan dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni.

Aplikasi ini boleh dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article