- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jabatan Hutan Sarawak Pelopor Teknologi Hiperspektral di Malaysia

Must read

Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) kendalian Jabatan Hutan Sarawak (JHS) merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

SADU menggunakan Pesawat DA42-MPP digunakan untuk melakukan kerja-kerja pemantauan dan pengurusan sumber asli serta memberikan perkhidmatan data geospatial udara berasaskan teknologi hiperspektral.

SADU telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Miri pada 4 November 2020.

Foto : Jabatan Hutan Sarawak

SADU dahulunya yang dikenali sebagai Systems Application and Development Unit telah ditubuhkan pada tahun 2008 dimana peranan utamanya adalah untuk membangunkan aplikasi berasaskan teknologi hiperspektral serta geospatial untuk kegunaan penyelidikan di Jabatan Hutan Sarawak.

Pada tahun 2014, SADU telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk membantu dalam membanteras aktiviti pembalakan haram di Sarawak sehingga sekarang. Ini menjadi titik tolak kepada SADU melangkah ke fasa seterusnya berasaskan kepakaran dan pengalaman unit ini dalam teknologi maju.

SADU diketuai oleh Dr. Affendi Suhaili yang dibarisi dengan pasukan kerja teknikal khas yang memberikan perkhidmatan data geospatial udara berasaskan teknologi hiperspektral untuk pemantauan dan pengurusan sumber asli negara.

Unit ini dijangka dapat memberi bantuan dari aspek maklumat geospatial sekiranya berlakunya bencana alam seperti banjir, dan kebakaran hutan, pemantauan sempadan negara serta lain-lain misi kepada agensi kerajaan lain di Sarawak, Sabah serta Semenanjung Malaysia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article