- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pembinaan Jalan Ulu Machan dan Tebingan Pekan Machan

Must read

Berucap semasa Majlis Perasmian Pejabat Pertanian baharu Nanga Machan, 22 Oktober 2020 yang lalu, Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengumumkan dua projek penting untuk manfaat rakyat di Daerah Kanowit khasnya Nanga Machan.

Gambar Hiasan

Projek yang pertama ialah pembinaan Jalan Ulu Machan dari Nanga Jerangku sepanjang 10 kilometer yang akan menghubungkan para penduduk dari 10 buah rumah panjang di kawasan berkenaan dan projek yang kedua ialah pembinaan Tebingan Pekan Machan dengan kos sebanyak RM3 juta.

Projek pembinaan Jalan Ulu Machan akan dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) manakala projek pembinaan Tebingan Pekan Machan akan dijalankan di bawah pelaksanaan Majlis Daerah Kanowit (MDK).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article