- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Transformasi Digital Memudahkan Pelaksanaan ‘No Wrong Door Policy’ Perkhidmatan Kerajaan

Must read

Transformasi digital telah memberi kelebihan terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Melalui teknologi digital, polisi ‘No Wrong Door’ menjadi mudah dan tidak mustahil untuk dilaksanakan, seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat.

Perkhidmatan yang diintegrasi dan menghubungkan pelanggan ke pelbagai agensi kerajaan membolehkan pelanggan dapat menikmati perkhidmatan berpusat dari rumah dan di mana sahaja mereka berada tepat pada waktu sebenar.

Selain itu, perkhidmatan kerajaan yang berteraskan polisi no wrong door melalui aplikasi digital juga membolehkan pelanggan sentiasa dibekalkan dengan maklumat, kemas kini dalam apa-apa perubahan dalam perkhidmatan kerajaan serta menerima notifikasi berkaitan urusan dan permohonan yang dibuat.

Sebagai contoh, Pejabat Pengurusan dan Perkhidmatan Perusahaan di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) telah mewujudkan portal digital berpusat bagi menyelesaikan setiap permintaan perkhidmatan yang dibuat oleh penduduk.

Menerusi portal berkenaan, penduduk Oklahoma tidak perlu memuat turun, mencetak dan menghantar emel aplikasi PDF dalam membuat permohonan mahupun apa saja urusan yang berkaitan.

Pada masa yang sama, portal tersebut juga memudahkan tugasan harian penjawat awam daripada aliran pelaksanaan tugas konvensional kepada penyelesaian tugas yang melibatkan penyatuan sistem digital bersepadu.

Trend ini muncul dalam sektor perkhidmatan awam di AS ketika seluruh agensi di negara berkenaan mengubah pendekatan terhadap penyampaian perkhidmatan digital kerajaan.

Oleh yang demikian, pendekatan no wrong door policy yang diterjemahkan dalam bentuk digital bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah juga menjadikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebihi mudah dan lebih berkesan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article