- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

230 Peserta Hadir Seminar Pembangunan Pemimpin Akar Umbi Negeri Sarawak 2020

Must read

Seminar Pembangunan Pemimpin Akar Umbi Negeri Sarawak 2020 Peringkat Bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei telah diadakan di Sibu pada 22 Oktober lepas.

Bertemakan ‘Membangun Bersama Demi Sarawakku’, seminar anjuran Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei dan Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dihadiri seramai 230 orang ketua masyarakat dan ketua kaum dari Wilayah Tengah.

Gambar Hiasan : Ketua Masyarakat memain peranan penting sebagai penghubung masyarakat dan kerajaan untuk menjayakan pembangunan

Seminar diadakan bertujuan untuk memperkasa keupayaan pemimpin akar umbi dalam memainkan peranan dan tanggungjawab dalam membangunkan negeri ini di era digital serta mengukuhkan semangat Sarawakku Sayang di kalangan pemimpin akar umbi sebagai teladan dan motivasi untuk masyarakat.

Pada sesi pembentangan pertama, Pegawai Daerah Kanowit, Puan Kathreen Lalai anak Eddie Saga telah menyampaikan pembentangan mengenai Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Akar Umbi Mempertingkatkan Transformasi Luar Bandar Sarawak.

Manakala sesi pembentangan kedua pula disampaikan oleh Residen Bahagian Sarikei, Puan Felicia Tan Ya Hua dengan topik Tatacara Pengurusan JKKK.

Seminar diakhiri dengan sesi soal jawab.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article