- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Merancang Polisi dan Strategi Dalam Pengurusan Risiko

Must read

Sebelum merancang polisi dan strategi dalam pengurusan risiko tidak kira dalam sektor swasta mahupun sektor awam, sesebuah organisasi perlu mengenal pasti dan menentukan strategi kesanggupan dan kemampuan untuk menerima dan menghadapi sesuatu risiko.

Terdapat lima (5) strategi dalam pengurusan risiko iaitu mengurangkan kebarangkalian (reduce likelihood), mengurangkan risiko, memindahkan risiko, mengelakan risiko dan menerima risiko.

Mengurangkan risiko ialah tindakan mengurangkan pendedahan kepada risiko dengan mengubah suasana projek selepas penilaian dibuat dan didapati akan wujudnya sesuatu risiko.

Manakala mengelak risiko ialah proses membuat keputusan berdasarkan maklumat untuk tidak melibatkan diri daripada situasi risiko atau menarik diri daripada berdepan dengan risiko.

Jika ia diteruskan, kemungkinan organisasi akan berdepan dengan kegagalan dan langkah terbaik yang patut diambil ialah membatalkan atau tidak meneruskan projek atau program berkenaan.

Pendekatan seumpama ini langsung tidak mempunyai risiko dan sudah tentu tiada pulangan namun pada dasarnya, pulangan yang tinggi biasanya melibatkan risiko yang tinggi.

Memindahkan risiko bererti memindahkan beban kerugian untuk risiko kepada pihak lain menerusi perundangan kontrak, insurans atau cara lain.

Strategi ini merupakan tindakan memindahkan risiko kepada pihak ketiga seperti pembekal sekadar untuk memberi tanggungjawab kepada pihak lain kerana pada dasarnya risiko tetap wujud cuma ia dipindahkan atau diuruskan oleh pihak lain yang digelar pihak ketiga.

Penerimaan risiko ialah keputusan yang diambil setelah didapati bahawa risiko yang akan dihadapi adalah kecil, tidak penting, dan sesebuah organisasi masih berupaya berdepan dengan risiko tersebut.


Rajah menunjukkan strategi dalam pengurusan risiko

Menerima risiko adalah tahap membuat keputusan berdasarkan maklumat untuk menerima kebarangkalian dan impak risiko tertentu.

Biasanya, pemilihan untuk menerima risiko dilakukan apabila projek atau program itu mempunyai kepentingan yang tinggi, berdaya maju serta mempunyai kemampuan bagi meneruskannya.

Pengurusan risiko adalah satu proses yang sistematik, proaktif dan berterusan untuk mengenalpasti, menilai, mengurus, menyelia, dan menyampaikan isu-isu risiko dari perspektif organisasi yang luas secara tidak langsung akan dapat menyumbang kepada pencapaian objektif keseluruhan organisasi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article