- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kewangan dan Peranan Pengurus Kewangan

Must read

Kewangan adalah satu bidang yang berkaitan dengan wang dan melibatkan aktiviti-aktiviti mengurus kewangan individu, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan wang.

Pengurus kewangan pula adalah individu yang diberi tanggungjawab untuk memastikan fungsi kewangan dilaksanakan dengan berkesan iaitu membuat ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana tersebut dan menentukan dana digunakan dengan cara terbaik.

Kemahiran dalam pengurusan kewangan membolehkan seseorang individu membuat keputusan-keputusan kewangan yang bijak untuk dirinya ataupun organisasi di bawah tanggungjawabnya.

Dalam konteks perniagaan, terdapat beberapa peranan penting yang dimainkan oleh pengurus kewangan, pertama ialah membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan untuk beroperasi dan merebut peluang pelaburan yang ada.

Pengurus kewangan perlu membuat ramalan kewangan untuk jangka pendek dan jangka panjang dari segi amaun dan tempoh pembiayaan yang diperlukan dan waktu pembiayaan tersebut dikehendaki.

Kedua ialah, menilai dan memilih sumber pembiayaan yang baik kerana terdapat pelbagai sumber pembiayaan, maka analisis mendalam perlu dibuat dalam memilih sumber terbaik berdasarkan kos pembiayaan serta kesesuaian mengikut waktu dan tempoh pembiayaan yang diperlukan.

Ketiga ialah, menggunakan dana secara berkesan dimana wang yang terkumpul melalui sumber yang terpilih mestilah digunakan ke atas pelaburan yang menghasilkan pulangan yang baik.


Pengurus kewangan ialah individu yang bertanggungjawab ke atas pembiayaan, perancangan kewangan dan perakaunan dalam sesebuah organisasi

Bagi operasi sesebuah organisasi perniagaan, terdapat dua jenis pelaburan yang mesti diutamakan iaitu pelaburan modal kerja dan pelaburan modal tertumpu.

Pelaburan modal kerja ialah dana yang diperuntukkan bagi menampung operasi harian syarikat seperti pembelian bahan, gaji pekerja dan sewa manakala pelaburan modal tertumpu kepada pemilikan aset-aset tetap seperti mesin, perabot, loji dan kilang.

Peranan seterusnya ialah menganalisis dan menggunakan penyata kewangan untuk menilai pelaburan yang telah dibuat dan mengukur prestasi syarikat secara keseluruhan.

Analisis ini perlu bagi mengawal selia perjalanan syarikat supaya tidak lari atau menyeleweng daripada matlamat syarikat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article