Dalam perniagaan, objektif utama pengurusan kewangan adalah bagi mewujudkan belanjawan serta berpegang pada belanjawan dan langkah ini penting untuk dilakukan bagi mendapatkan keuntungan.
Unjuran belanjawan perlu disesuaikan dengan tahun kewangan organisasi serta perlu dikaji secara teratur dan sistematik.
Manakala sumber kewangan pula sebaiknya digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan dalam belanjawan.
Pada masa yang sama, pengeluaran wang perlu dipantau bagi memastikan setiap unit dalam organisasi menyimpan dana mereka yang diperuntukkan.
Pendapatan
Tujuan pendapatan organisasi harus dimasukkan dalam objektif pengurusan kewangan. Sebagai contoh, semua pendapatan sama ada dalam bentuk tunai mahupun kredit bank perlu direkodkan dengan betul dan disalurkan.
Sementara invois perlu dikemukakan tepat pada masanya dengan dasar tindakan pemulihan jelas untuk akaun terlambat atau kegagalan pembayaran.
Sebaik sahaja tujuan pendapatan diwujudkan, dasar dan prosedur untuk membolehkan objektifnya dipenuhi perlu dibangunkan.
Prosedur Akauntabiliti
Objektif pengurusan kewangan harus termasuk sistem akauntabiliti untuk kewangan. Langkah terbaik adalah dengan melantik kakitangan yang diberi kuasa yang perlu meluluskan semua urus niaga sebelum dana boleh dibebaskan.
Pelantikan kakitangan yang diberi kuasa tersebut membolehkan organisasi mudah untuk mengesan penyelewengan kewangan dalam akaun kepada individu atau jabatan tertentu yang hanya boleh tersilap memasuki angka atau, dalam kes yang lebih ekstrem, menggelapkan dana.
Bagi organisasi yang lebih besar, objektif berkaitan akauntabiliti termasuklah melakukan audit tahunan akaun.
Biasanya, pengauditan dilakukan oleh pihak dan bagi sesetengah perniagaan, pengauditan adalah keperluan undang-undang.
Inventori
Pengurusan kewangan tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada pendapatan dan perbelanjaan tahunan yang ketara malah, aset organisasi juga perlu dimasukkan untuk leboh komprehensif.
Oleh itu, satu objektif pengurusan kewangan adalah untuk menyimpan rekod yang tepat dan terkini untuk semua item nilai seperti perabot dan kenderaan.
Pemilikan aset dan tanggungjawab yang diserahkan kepada individu dalam organisasi juga perlu dijelaskan. Sebagai contoh, organisasi yang menyewa bangunan dan tidak memiliki bangunan pejabat tetap bertanggungjawab memelihara bangunan tersebut sepanjang tempoh sewaan. Walau bagaimanapaun, elaun untuk penyelenggaraan aset perlu dimasukkan dalam belanjawan.