- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pentingnya Penanda Aras Dalam Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Must read

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan pelbagai program peningkatan kualiti seperti Piagam Pelanggan, Pengenalan Kad Skor (BSC), Key Focus Activities (KFA), Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter dan sebagainya.

Pelaksanaan program-program ini telah menjadi asas yang kukuh bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai sekaligus telah berjaya meningkatkan keupayaan PANS dalam pengurusan kualiti.

Walaupun pelbagai program peningkatan kualiti telah diperkenalkan, namun usaha-usaha sedemikian tidak ada garis penamatnya kerana usaha peningkatan kualiti haruslah dilaksanakan secara berterusan dan diubahsuai mengikut perubahan dalam persekitaran.

Kerajaan Sarawak menjadikan Estonia sebagai penanda aras dalam membangunkan dasar ekonomi digital

Dengan itu pelaksanaan Penanda Aras dalam PANS adalah kesinambungan terhadap usaha-usaha peningkatan kualiti yang sedia ada.

Pelaksanaan penanda aras mendatangkan banyak faedah antaranya meningkatkan produktiviti dan kualiti melalui pembaharuan dan penambahbaikan ke atas pelaksanaan sesuatu proses kerja, menjimatkan masa, meningkatkan prestasi jabatan dan mewujudkan semangat berpasukan.

Selain itu, penanda aras juga turut merapatkan jurang prestasi di antara sesebuah jabatan dengan jabatan lain yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi, membolehkan perkongsian maklumat dan mengurangkan kos operasi, meningkatkan output serta meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan.

Penanda Aras merupakan kaedah yang telah digunakan sejak sekian lama oleh individu, kumpulan mahupun organisasi untuk tujuan penambahbaikan prestasi masing-masing.

Sejak dahulu lagi kemajuan telah dapat dicapai menerusi proses penanda aras di mana penelitian dibuat ke atas pihak yang lebih maju dan idea-idea dipinjam, diubahsuai dan dilaksanakan di organisasi sendiri.

Sebagai contoh, kecanggihan penggunaan teknologi maklumat yang terdapat di negara Estonia telah dijadikan penanda aras bagi Kerajaan Sarawak membangunkan dasar ekonomi digital Sarawak.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg begitu kagum dengan Estonia walaupun mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 1.3 juta, namun negara tersebut merupakan peneraju utama dalam pembangunan digital dunia.

Penembusan jalur lebar tinggi ke seluruh pelusuk negaranya adalah kunci utama kejayaan mereka sehingga diiktiraf sebagai negara model digital.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article